Translate This Page

Siapa Online?
We have 6 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday56
mod_vvisit_counterAll days371382

We have: 3 guests, 3 bots online
Your IP: 54.90.251.197
 , 
Today: Jan 31, 2015

postheadericon Kg. Monggis - Penduduk Islam Mahu Surau

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

MAKLUMAN; Gambar Puan Halimah dan suami belum menutup aurat. Kongsian ini bukan bertujuan mengaibkan, tetapi inilah hakikat kehidupan orang Islam di pedalaman. Mereka tidak memiliki kefahaman ajaran Islam. Begitu, kita perlu mendidik dan memberi mereka ilmu pengetahuan. In syaa Allah, beberapa orang pelajar RTMS yang ada sedikit ilmu bakal kita hantar ke kampung ini. Di samping memberi mereka pendedahan awal berkaitan dakwah mereka juga in syaa Allah dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.

Kg. Monggis yang terletak di sempadan daerah Ranau dan Kota Marudu, telah wujud lama dan kini,dalam sistem kekeluargaan sudah sampai generasi ke-6. Sebelum ada jalan raya, penduduk kampung di sini terpaksa merentasi hutan belantara dengan berjalan kaki ke pekan Ranau memandangkan kampung ini bersempadanan dengan daerah Ranau dan Kota Marudu. Sebahagian penduduk di sini berasal daripada Kota Marudu, berhijrah atas ikatan perkahwinan.Rata-rata mereka mereka dari suku kaum Dusun.

Di sini,semua urusan melibatkan kematian, solat, kenduri-kendara dan seumpamanya terpaksa dirujuk ke Kampung Pinawantai dan kadangkala ke pekan Ranau. Sekian lama, tiada pembimbing, walhal jika dihitung, penduduk Islam di sini adalah sekitar 52 orang; mereka hanya mampu mempertahankan kalimah Tiada Tuhan Disembah melainkan Allah. Demikian, luahan Puan Halimah selaku individu yang telah membuat permohonan mendapatkan surau untuk kampung mereka. Pun, hingga kini belum ada pihak yang meluluskan permohonan mereka.

Surat berkaitan ketika kunjungan kami ke kampung ini telahpun diserahkan kepada puan Halimah yang dulunya bukan Islam. Atas sebab perkahwinan, beliau kini menjadi seorang Islam yang sedang berjuang mewujudkan sebuah surau dengan ukuran 20 x 20 seperti dalam surat permohonan beliau.

Kita amat kagum dengan beliau. Meskipun tidak mendalami Islam tapi sanggup korbankan sekeping lot tanah di tepi jalan utama Ranau – Kota Marudu untuk kepentingan Islam. Menitis air mata kami ketika di akhir pertemuan, selesai solat Asar di rumah beliau bersama pelajar RTMS, beliau berkata, “walaupun saya dan suami tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya mengharapkan agar sebelum tua dan mati saya mampu berdiri dan bersolat sendiri” katanya. Bagai ditusuk jantung kami mendengar kata-kata itu. Kami lantas memasangkan tekad untuk bangunkan surau yang beliau perjuangkan ini.

PPIS hanyalah sebuah persatuan kecil yang sedang membangunkan RTMS dari sumber para dermawan. Sebab itu, kami kongsikan perkara ini kepada saudara muslimin dan muslimat di luar sana supaya kita sama-sama bangunkan rumah Allah ini sebagaimana beberapa surau yang diselaras sendiri oleh PPIS sebelum ini. In syaa Allah, PPIS sedaya upaya akan menyelaras pembangunan dari saham-saham akhirat para dermawan.

Anggaran kos berdasarkan pengalaman kita membangunkan prasarana RTMS dengan sebuah surau, rumat transit dakwah, tandas dan lampu solar adalah sekitar RM45,000. 00 termasuk kos pengangkutan pelbagai dari pekan Ranau.

 

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

 

 

postheadericon Ambil Serius

 

Tahun 2014 masihi yang bakal melabuhkan tirai ini seperti juga tahun-tahun sebelumnya.  Semua lapisan  masyarakat seluruh dunia akan menyambut pengakhiran 2014 mengikut budaya bahkan antaranya ada yang akan mengaitkan sambutan yang dibuat itu dengan kepercayaan. Tidak terkecuali, gaya sambutan kononnya cara baru yang direka oleh pelbagai pihak, nanti dengan alasan kemajuan.

Dalam hal ini, umat Islam khususnya tidak terkecuali menyambut bahkan, mungkin lebih daripada sambutan tahun hijrah, dengan alasan keseronokan. Akan kedengaran dan kelihatanlah di sana sini, pesta mercun menguasai suasana. Begitu, mandi-manda di sungai, makan berkumpulan tanpa tata syariah, dan lebih dahsyat, mengadakan pesta tari-menari, bernyanyi hatta berpesta minum minuman keras.

Sambutan diatur dan dibuat di hotel-hotel, dewan terbuka, padang dan sebagainya. Perbuatan ini bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi merosakkan akidah dan moral. Sungguh, ia patut dihindari oleh umat Islam.

Dalam hal ini, Jabatan Agama di Unit penguatkuasa seharusnya mengambil serius akan tarikh atau tanggal pertukaran tahun ini sebagai tarikh pencegahan ketat terhadap umat Islam. Begitu, lebihkan program pendidikan dengan pendekatan pelbagai di waktu ini. Suarakan perkara ini dalam Khutbah Jumaat; setiap kali menjelangnya pertukaran tahun.

 

postheadericon Pendidikan Islam Sabah

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Pelajar Rumah Transit Mualaf Sabah

Sebenarnya, kita mampu membangunkan pusat pendidikan di mana-mana tempat  di bumi Allah jika kita benar-benar insaf dan bersatu. Bermula idea, ilmu, tenaga, wang ringgit sehingga kepada masa,  kita sepadukan sungguh-sungguh tanpa melihat kesukuan, warna kulit, sempadan kenegaraan, bahasa dan seumpamannya.

Tapi, kesepaduan yang kita maksudkan belum sepenuhnya berlaku. Akhirnya, timbul rasa kecurigaan, kebencian, kewilayahan. Akibat itu, sebahagian kawasan tertinggal jauh di belakang sementara kawasan lain terus maju ke hadapan.

Sabah misalnya, ketinggalan jauh berbanding negeri lain di Malaysia dalam bidang Pendidikan Islam. Sebab itu, jurang kefahaman Islam bagaikan bumi dan langit. Kalau adapun ilmuan di Sabah, wilayah pengembangan ilmunya terhad berbanding di Semenanjung. Kekurangan atau ketiadaan pusat pendidikan, menjadi salah satu alasan. Suasana kita di sini tidak seperti di semenanjung yang pusat-pusat pengajiannya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemudian, ilmuan Islam Sabah yang ke hadapan, ada yang lebih memilih tinggal dan berpusat di Semenanjung berbanding menabur bakti di Sabah.

Justeru, apa yang patut kita buat sekarang adalah menggabungkan segala apa yang ada untuk melonjakkan lagi pengembangan ilmu Islam di dua buah negeri Borneo; Sabah dan Sarawak.

 

postheadericon Masjid dan Surau di Sabah hambar dengan aktiviti ilmu?

 

Surau Kg. Samparita, Tandek, Kota Marudu

Surau Kg. Gana, Tandek, Kota Marudu

Benarkah, sebahagian masjid dan surau di Sabah hambar dengan aktiviti ilmu?  Untuk jelas, marilah kita lihat terlebih dahulu masjid dan surau sekitar tempat tinggal kita tidak kira surau dan masjid yang bertaraf bandar, pekan atau kampung. Apa benar, masjid dan surau kita hambar dengan program; pengajian mingguan, bulanan atau harian? Jika ada,sejauh mana program tersebut mampu mengubah masyarakat daripada beraktiviti lara kepada melakukan aktiviti yang diredhai Allah? Kemudian, ayuh kita peratuskan pula tahap keberkesanannya kepada masyarakat untuk  tujuan penambahbaikan.

Kita tidak dapat nafikan ada sebahagian masjid di Sabah yang bukan saja menjalankan pengajian mingguan, bulanan dan harian bahkan, mereka turut memiliki sekolah. Namun, masjid seperti ini banyaknya kita dapati di beberapa tempat bertaraf bandar utama di Sabah. Selebihnya, hambar dengan program. Persoalannya, kenapa? Mungkinkah ketiadaan guru-guru yang berkemampuan mengadakan kelas pengajian seperti pengajian kitab bersiri dan sebagainya? Atau, jika ada mereka terkekang dengan undang-undang, menyebabkan mereka tidak tampil ke hadapan? Atau, mereka mungkin tidak menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan, lalu mereka berpuas hati dengan pentas sekolah atau kelas tempat mereka ditugaskan.Kemudian,jika ditanya, mereka hidang alasan turun temurun; ada pihak berwajib yang wajar melakukan bahagian ini dan itu.

Jika dipanjangkan lagi perkara ini, akan menyakitkan. Banyak pihak akan terguris. Pun, kita perlu utarakannya untuk sama-sama kita fikir dan jawab, kenapa banyak masjid dan surau di Sabah hambar dengan program ilmu untuk umum, misalnya pengajian berkitab, sebagaimana wujud di Semenanjung. Masjid dan surau di sana, hidup dengan pengajian berjadual bahkan sering menampilkan tokoh-tokoh agamawan.

Oleh itu, kita cadangkan agar pihak berwajib dan badan-badan NGO yang berpengalaman seperti JHEAINS, JAKIM, YADIM, USIA, PERKIM, ABIM membuat draf bancian  ilmuwan di setiap daerah seperti jumlah ustaz dan ustazah lepasan pondok dan institusi-institusi pengajian agama, para pendakwah bebas serta yang seumpama mereka. Himpunkan mereka dalam satu mesyuarat khas bagi membincangkan kehambaran masjid dan surau setempat beserta solusi.

Kita percaya mereka akan selalu bersedia mengambil bahagian yang kita maksudkan kerana mereka ini tergolong dalam kalangan yang faham akan tanggungjawab berbanding masyarakat awam. Maka, bila perkara ini akan diadakan?

 

 

postheadericon Kisah Mimpi Menjadi Kenyataan

 

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang nampak mustahil pada akal kita. Juga, sukar dipercayai orang kebanyakan justeru melakukannya memerlukan wang. Padahal, ia boleh saja berlaku atas kehendak Allah SWT.

Perkara ini berlaku kepada saya, dua kali. Pertama, pada tahun 2006. Tahun itulah pertama kali saya dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah. Tahun itu jugalah pertama kali kaki saya menjejak di tanah barokah. Saya tidak pernah terfikir bagaimana Allah memudahkan kesemua urusan saya ke sana waktu itu. Segala urusan diurus oleh penaja, bahkan wang poket 1000 rial dan kain sarung juga turut diberi dan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, PakLah. Syukur, alhamdulillah. Atas sebab cadangan guru saya, seorang hamba Allah telah menanggung kos umrah saya waktu itu.

Dahulu, di awal pengislaman saya, seorang guru saya pernah menceritakan tentang tanah Mekah. Ceritanya sangat menarik sehingga saya menanam azam dan cita-cita untuk sampai ke tempat yang diceritakannya kepada kami. Dengan niat yang kuat, ingin berada di tanah para nabi, saya mula menabung di tabung haji dengan jumlah tabungan permulaan,  RM2. Itulah kemampuan saya, waktu itu. Sejak itu, saya seringkali berdoa agar suatu waktu saya terpilih dalam kalangan hambaNya yang dijemput ke bumi barokah. Tidak cukup doa, saya titip permohonan saya dalam solat Hajat.

Bertahun kemudian, dengan keinginan yang tidak pernah putus, saya mula didatangi mimpi. Sekali itu, saya bermimpi berangkat ke Mekah dan bersolat di hadapan Kaa'bah. SubhanaLlah, selepas itu, hati saya semakin rindu berada di sana. Azam saya semakin kuat dan yakin bahawa suatu waktu, saya akan sampai juga ke tanah suci. Namun, hati kendur sedikit apabila melihat jumlah tabungan. Tika itu, logik akal tidak mungkin berpihak kepada kemahuan hati.

Beberapa waktu, saya kerap melihat tabungan saya, sehinggalah satu ketika saya berazam, tidak akan lagi menyandarkan keazaman kuat saya untuk ke Mekah kepada tabungan dan usaha yang saya buat. Sebaliknya, saya serahkan semuanya kepada Allah. Dialah yang Maha Adil, Maha Mengetahui segalanya. Tiada secebispun dalam alam ini yang terlepas daripada pengetahuanNya. Begitu, saya teruskan berdoa, penuh harapan dan keyakinan bahawa Allah pasti mengabulkan hajat hambaNya. Alhamdulillah, hajat saya akhirnya tertunai pada tahun 2006.

2012, sekali lagi saya menjadi tetamu Allah. Kali ini juga perjalanan saya dibiayai seorang dermawan. Biayaan umrah kali ke-2 diberikan kepada saya selepas saya diuji dengan pelbagai peristiwa berkaitan dakwah yang saya lakukan. Benar apa yang diperkatakan mereka bahawa saya antara yang tidak memiliki ilmu Islam, tiada sijil dan tiada kelayakan membangunkan Islam. Itu pandangan mereka kepada saya dan saya terima. Namun, mereka dan kalian tidak mungkin menolak pendirian dan rasa tanggungjawab saya terhadap nikmatinan dan Islam yang Allah berikan kepada saya. Dalam keadaan sedar bahawa ilmu agama saya serba kurang, saya berbuat semampu saya sebagai tanda syukur. Begitu, dalam waktu ujian, saya pasrah dan mengadu kepada Allah. Dialah tempat aduan selayaknya bagi hamba. Kemudian, dalam waktu diuji, saya dihibur dengan mimpi berziarah ke maqam RasululLah. SubhanalLah, sekepas itu seorang dermawan menjemput saya bersama rombongannya untuk umrah. Itulah umrah ke-2 saya, alhamdulilLah.

Saya kongsikan peristiwa ini untuk saudara-saudara seislam saya yang sering melihat kekurangan hingga langsung tidak berniat melakukan ibadah Haji dan umrah. Begitu, sering juga bersandar kepada jumlah tabungan dalam akaun sebagai keutamaan. Pada logik akal, mereka yang punya wang dan tabungan yang banyak memang selalu siaga dan bila-bila waktu boleh ke sana. Tapi, masih ramai yang belum bahkan tidakpun terdetik hati mereka untuk berziarah dan beribadah ke tanah suci. Begitu, kita yang tidak punya kecukupan, jangan pernah berputus asa. Sandarkan hajat dan munajat kita kepada Allah bersungguh-sungguh, pasti Dia akan beri jalan.