Translate This Page

Siapa Online?
We have 1 guest online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday74
mod_vvisit_counterAll days931965

We have: 1 guests online
Your IP: 54.80.132.10
 , 
Today: Oct 23, 2017

postheadericon Surau Kg. Bambangan

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Ini adalah gambar Surau Kg. Bambangan, tempat saudara Mutalib mengajar sekitar 20 orang pelajar dalam kalangan saudara baru setiap minggu.

Dan, saya sedang mengumpul seramai 2000 ikhwan untuk bersama-sama saya bangunkan surau ini. In syaa Allah, dengan jemaah 2000 orang ini, setiap seorang hanya perlu menyumbang RM50.

Daripada sumbangan ini in syaa Allah, kita boleh mulakan pembinaan surau baru untuk Kampung Bambangan sebaik saja setiap seorang menanam saham akhiratnya.

Bagi tujuan menyalurkan infak dan kebersamaan para peserta pembuatan Surau Kg. Bambangan disertakan akaun berikut. Sejurus bank in, mohon dihantar slip masukan untuk tujuan kemaskinian.

Tel/WhatsApp; 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah

Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

MAYBANK Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 BANK ISLAM Persatuan Pendakwah Islam Sabah -

1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438

Rumah Transit Mualaf Sabah, BSN - 1211141000126874

Ayuh kita bersama membangunkan surau ini.

 

 

postheadericon PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR RTMS

Alhamdulillah. Pertambahan pelajar RTMS kepada 45 orang kini, menyaksikan kesemua bangunan sedia ada RTMS dihuni sepenuhnya oleh para pelajar. Begitu, kita amat bersyukur kerana ruang dan bangunan yang ada, benar-benar dimanfaatkan, dan, inilah saham-saham akhirat kita semua.

Pun, dalam waktu sama, ada puluhan lagi di luar sana yang sedang menanti justeru ingin memasuki RTMS. Kita terpaksa menunda kemasukan mereka berikutan ketiadaan bangunan asrama khas sebagaimana kita rancang.

Sementara itu, rumah guru dan rumah tamu yang ada, kita jadikan asrama sementara.
Atas kepentingan pendidikan dalam kalangan saudara baru dan umat Islam yang kita perjuangkan, maka bermula Ogos 2016 kita sasarkan untuk memulakan pembinaan asrama RTMS. Niat ini kita mulai dengan mendirikan tiang utama dan memasang atap. Inilah tanda komitmen kita mahu melihat asrama lelaki dan perempuan terbangun di RTMS.

Kerja-kerja penyiapan asrama ini kita sasarkan pada tahun 2017. Dengan bermula pos ini, kita secara rasmi melancarkan tabung pengumpulan dana pembangunan RTMS Fasa II.

Target masa pengumpulan dana bagi fasa II ini adalah tiga bulan. Daripada jumlah terkumpul itu nanti, kita akan mulakan pembinaan dan begitulah seterusnya tanpa menyasarkan jumlah infakan setiap pelabur saham akhirat. Bahkan sen sekalipun kita terima. Salurkan ke mana-mana, tiga buah akaun yang kami sertakan ini
Akhir sekali, sebarang pertanyaan pembangunan yang kita lancarkan ini, teruslah berhubung ke nombor telefon yang kami sertakan. Sebagai makluman, pihak kami tidak melantik wakil informa, pengutip dana dan seumpamanya.

Muslimin dan muslimat dialu-alukan mengongsi gambar-gambar projek pembangunan asrama ini. Bagaimanapun, sebarang pengubahsuaian seperti penambahan atau pengurangan gambar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

l RTMS; 088 - 875431/012-8238229
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438

 

 

postheadericon Rumah Transit Mualaf Sabah

 

Ramadhan kian mendekat. Begitu, kami di RTMS memerlukan sokongan dan usahasama membantu para pelajar yang sedang mengikuti kelas Hafazan dan kelas Umumi di RTMS.
Sempena Ramadhan, kita mempelawa dan mengalu-alukan muslimin dan muslimat berbuka puasa dan bersahur dengan para pelajar kita. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada program ini. In syaa Allah, ganjaran amalan dilipatganda oleh Allah.


Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.


Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 10280000557931

 

postheadericon BAGANG IKAN

Assalaamualaikum. Kepada seluruh rakan FB, sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, kita akan lancarkan tabung pembinaan bagang ikan dengan nilai RM50 perlot. Begitu, kita memerlukan 1000 peserta untuk projek saham akhirat ini. Dengan adanya bagang ikan, in syaa Allah, kita bakal dapat membantu beberapa madrasah, rumah anak yatim, saudara-saudara baru dan para fakir miskin di sekitar Ranau setiap kali kita aktifkan penangkapan ikan, dengan memberi ikan percuma kepada mereka.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk pembinaan bagang ikan:-

1. Bot

2. Enjin sangkut

3. Pukat

4. Generator

5. Bahan mentah bagang

6. Gaji pembuat bagang serta yang berkaitan sehingga siap dan bagang boleh beroperasi.

Tel RTMS; 088 - 875431

Tel/WhatsApp; 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah

Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818

 

Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

 

postheadericon PEMBESARAN SURAU

Assalaamualaikum. Muslimin dan muslimat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa RTMS, saat ini surau kita bukan saja berfungsi sebagai tempat solat tetapi juga tempat pembelajaran dan seumpamanya. Alhamdulillah. Pun, sejak akhir-akhir ini surau kita tidak lagi menampung ruang khusus para wanita. Oleh itu, kita bercadang untuk membesarkan lagi ruang surau di bahagian belakang dengan cadangan keluasan 15 x 30 beserta ruang wudhuk. Bermula pos ini, kita lancarkan tabung pembuatan ini dengan rayuan sumbangan seikhlas ada daripada muslimin dan muslimat. Bersama pos ini, disertakan nombor akaun bagi tujuan tersebut.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6